Latest Post

PETANI KECIL VS PENEROKAAN TANAH BARU
 
Pada masa kini, strategi peningkatan hasil tanaman melalui pembukaan tanah hutan yang berterusan adalah sudah tidak rasional (Strategic Framework for FAO 2000-2015). Seperti mana yang digariskan di dalam dasar dan matlamat pertanian di negeri Sabah, peningkatan ke arah pengeluaran hasil tanaman melalui penggunaan optima sumber-sumber adalah merupakan strategi jabatan. Pembukaan keluasan tanah yang lebih besar bermakna lebih luas kawasan penanaman untuk dijaga. Kebun para petani di Sabah adalah bersifat kecil-kecilan (< 10 hektar). Tumpuan harus diberikan kepada peningkatan hasil berbanding pembukaan tanah yang lebih luas.
 
PERSOALAN yang timbul, adakah hasil keluaran petani Sabah sudah mencapai tahap optima?
 
Tinjauan dilakukan ke atas limajenis tanaman yang berkait rapat dengan orang kampung iaitusawit, getah, koko, ubi keladi dan lada hitam (Rajah 1). Koko, ubi keladi dan lada hitam menunjukkan penurunan ketarakeluasan penanaman di antara tahun 2004 dan 2012 (laman web Jabatan Pertanian Sabah, diakses pada 23 Jan 2016).
 
Berdasarkan unjuran, data menggambarkan penurunan hasil pengeluaranbagi tiga jenis tanaman ini semasa tempoh 8 tahun tersebut. Tanpa usaha untuk meningkatkan hasil, adalah sukar untuk mencapai tahap pengeluaran hasil maksimum yang seterusnya memberikan impak rendah terhadap pembangunan pertanian di Sabah khususnya kepada petani kecil. Pergantungan penuh terhadap kesuburan tanah, iklim dan serangan perosak adalah faktor variasi yang menentukan hasil akhir pengeluaran. Dapatkah petani mengawal faktor variasi ini? Mengawal variasi hasil ini adalah bermakna peningkatan hasil (keuntungan).
Rajah 1: Perbandingan keluasan penanaman tahun 2004 dan 2012
 
Alex Korom
FPA, UiTM Sabah

Published by,
Program NBFM
Native Business & Farming Management

Membaja adalah sebahagian daripada aspek pengurusan tanaman. Umumnya baja terbahagi kepada 2 komponen iaitu:-
  1. Unsur Makro
  2. Unsur Mikro
UNSUR MAKRO (NPK)
(Komponen Asas)

Apakah yang dimaksudkan NPK dan nombor yang tertulis disebelahnya?
Contoh:-
  1. N:15 P:15 K:15 atau
  2. N:12 P:12 K:17.
NPK sebenarnya bermaksud Nitrogen, Phosphorus dan Kalium (Potasium) manakala nombor-nombor yang disebelahnya bermaksud peratusan kandungan setiap bahan itu didalam sebatian baja.
 
Contoh,

N:12 P:12 K:17 bermaksud baja tersebut mempunyai kandungan Nitrogen sebanyak 12%, Posphorus sebanyak 12% dan Kalium (Pottasium) sebanyak 17%.
 
PERATUSAN NPK

Jika kita hitung jumlah % baja sebatian NPK
12:12:17 = 41% sahaja
Baki 59% ----> 100%
 
Baki 59% itu adalah kandungan bahan-bahan lain yang terdapat dalam baja.
 
Kadar formulasi NPK dipengaruhi oleh jenis tanaman, peringkat, musim atau keadaan cuaca etc.
Seorang saintis Jerman JUSTUS VON LEIBIG mengatakan bahawa komponen asas kepada kesuburan sesuatu tanaman itu bergantung kepada kadar Nitrogen (N), Phosphorus (P) dan Kalium (K-potasium).
 
Ringkasnya:
  1. N adalah untuk kehijauan daun (Green Foliage),
  2. P untuk Akar Subur (Strong Root) dan
  3. K untuk pembesaran tanaman (Healthy growth).
Unsur NPK adalah yang paling utama dalam kandungan baja yang dapat digunakan oleh tanaman untuk pertumbuhan.
 
UNSUR MIKRO (Komponen Tambahan)

Selain NPK terdapat juga unsur mikro nutrien yang diperlukan untuk tumbuh-tumbuhan seperti:-
  • Magnesium (Mg)
  • Kalsium (Ca),
  • Manganese (Mn),
  • Boron (B)
  • etc.
Keperluan unsur mikro ini adalah bertujuan untuk menyerlahkan fungsi pembentukan sel dan kesihatan tanaman.
 
KEPERLUAN NPK
 
Nitrogen (N)
merupakan unsur yang diperlukan untuk pembesaran daun. Kesemua tumbuhan berdaun hijau menggunakan nitrogen sebagai bahan asas pembentukan Klorofil. Klorofil adalah bahan hijau yang terdapat didalam tumbuhan yang digunakan untuk tujuan fotosintesis. Tumbuhan yang kekurangan nitrogen akan menjadi sedikit kekuningan dan tumbesaran terbantut. Walaubagaimana pun  nitrogen yang berlebihan juga tidak membantu. Ianya hanya akan menyebabkan tumbuhan menjadi terlebih besar sedangkan batang pokok tidak dapat menampung tahap tumbesarannya.
 
Kedua adalah unsur Phosphorus (P) yang penting untuk pembesaran dan perkembangan bahagian akar. Akar yang sihat mampu menyerap nutrien-lain didalam tanah melalui sel kutikel yang aktif pada hujung akar. Fungsi P juga adalah sebagai penggalak tumbuhan berbunga. Petunjuk kepada kekurangan phosphorus boleh dilihat melalui warna daun yang seperti tidak segar atau kekuningan dan kurang berbunga.
 
Ketiga adalah unsur Kalium (K) atau dikenali sebagai 'Potasium'. Ianya penting untuk tumbesaran pokok dan perkembangan buah. Unsur 'K' adalah kunci kepada pembentukan klorofil dalam daun. Kekurangan kalium akan menghasilkan bunga dan buah yang kecil. Fungsi lain ialah membantu dalam imunisasi tumbuhan. Tumbuhan yang mengalami kekurangan kalium akan kelihatan tidak sihat. Umumnya unsur K dibekalkan kepada pokok yang berbuah.
 
Sebagai petani yang berhasrat mengubah cara bertaninya, maka ia mesti mengetahui maksud NPK yang ditulis pada label beg baja. Membaja adalah tanggungjawab petani.
 
PERTANIAN ASAS EKONOMI
Alfred Korom
NBFM

NBFM ingin membawa anda semua untuk bersama-sama memberikan peluang kepada diri masing-masing untuk memahami tentang satu jenis tanaman yang tahun demi tahun permintaannya tidak pernah berkurangan malah sentiasa tidak mampu memenuhi permintaan domestic (tempatan) mahupun luar Negara.
 
Tanaman yang dimaksudkan ialah Lada Hitam atau dalam nama Saintifiknya ia dikenali sebagai Piper Nigrum. Untuk pengetahuan umum, Lada Hitam merupakan sejenis rempah yang penting semenjak dahulu kala lagi. Buahnya yang dikenali sebagai lada hitam apabila kering, adalah kira-kira 5 milimeter (0.20 inci) diameter, mereha gelap apabila matang sepenuhnya, dan, seperti semua drupes, mengandungi satu benih.
 
Berdasarkan info yang diperolehi daripada Wikipedia dan juga Lembaga Lada Hitam Malaysia (Malaysia Pepper Board - MPB), Biji lada hitam dan serbuk lada hitam yang dihasilkan darinya, boleh digambarkan hanya sebagai lada, atau lebih tepat lagi sebagai lada hitam (buah matang, masak dan kering), lada hijau (buah matang kering) dan lada putih (benih masak kering).

Lada hitam berasal dari Asia Tenggara dan China, dan boleh didapati disana dan dikawasan tropika yang lain. Pada masa ini, Vietnam adalah pengeluar dan pengeksport terbesar didunia, menghasilkan 34% daripada tanaman dunia pada tahun 2008.

Lada kering yang dikisarkan telah digunakan sejak zaman purbakala untuk kedua-dua citrasa dan sebagai ubat. Lada hitam adalah rempah di dunia yang paling diperniagakan. Ia adalah salah satu rempah yang paling biasa yang dimasukkan ke dalam masakan Eropah. Kepedasan lada hitam adalah disebabkan oleh kimia piperine. Ia banyak didapati dalam dunia yang moden ini, sering berpasangan dengan garam.

Pengeluar terbesar lada hitam adalah Brazil, India, Indonesia, Malaysia dan Vietnam. Di Malaysia, ia dibantu oleh Jemaah Pemasaran Lada Hitam (JPLH), Lembaga Lada Hitam Malaysia (MPB) 1 Januari 2007.
 
Di Malaysia, kawasan penanaman lada hitam lebih tertumpu di Negeri Sarawak. Ia telah menjadi satu sumber pendapatan bagi negara sehingga sebuah Lembaga Khas ditubuhkan bagi mempertingkatkan hasil Lada Hitam dan ia dikenali sebagai Lembaga Lada Hitam.

Lembaga (Board) adalah satu badan organisasi yang digerakkan oleh sekumpulan ahli-ahli yang mempunyai kuasa mutlak untuk membuat sebarang keputusan, menjalankan perancangan untuk memajukan perusahan yang dilakukan.
"Malaysian Pepper Board (MPB) is a federal statutory body under the Ministry of Plantation Industries and Commodities of Malaysia, established on 1st January 2007 under the Malaysian Pepper Board Act 2006. MPB head office is located at Kuching, with nine branches in Sarawak and two regional offices in Johor Bahru and Kota Kinabalu. The Board is responsible for the development of the Malaysian Pepper Industry in areas of production, marketing and research."
Cukup dengan pengenalan asas secara umum dan ringkas tentang lada hitam, kini pihak NBFM ingin berkongsikan tentang apakah Faedah dan keuntungannya yang akan diperolehi jikalau rakyat Sabah menceburi bidang penanaman Lada Hitam ini?
 
Untuk melihatnya, pihak NBFM ingin memberikan satu contoh yang jelas seperti berikut:

Katakan satu pokok lada hitam dapat menghasilkan minimum 3 kg setahun (kebiasaannya lada hitam menghasilkan 5kg-8kg setahun bagi satu pokok).

Satu ekar dapat menanam 800 pokok (dengan jarak 7' x 7').

Maka;

3kg x 800 pokok = 2,400kg.
2,400kg = 2.4 tan, (1000kg = 1 tan)

Katakan kita mengambil harga terendah sekilogram adalah RM25.

2.4 tan x RM25 = RM60k (adalah pendapatan minimum yang mampu dicapai dalam setahun)
(Harga sebenar yang terendah adalah sekitar RM29-RM30 lebih per kilo).

***Jika pokok dijaga dengan baik, ia mampu menghasilkan 5-8 kilo setahun.***

Dalam erti kata lain, lada hitam mampu;
  1. Meningkatkan  taraf hidup golongan penduduk luar bandar dan pedalaman.
  2. Membantu pembangunan ekonomi tempatan.
  3. Mampu membantu peningkatan industri pemakanan yang berasaskan produk lada hitam dan banyak lagi faedah serta keuntungannya.
Setelah melihat dan membayangkan hasilnya, adakah anda bersedia untuk menceburi bidang penanaman ini? Jikalau ya, pihak NBFM bersedia untuk membantu anda dari segi teknikal penanaman, nasihat, pembajaan dan penjualan. Apa yang penting, anda tidak perlu risau tentang dimanakah dan bagaimanakah hasilnya dijual kerana pihak NBFM akan membantu dalam perkara itu. 

PERTANIAN ADALAH PERNIAGAAN
Apakah yang dimaksudkan dengan konsep Pertanian adalah Perniagaan? Memang terdapat berbagai-bagai definasi & pengertian tentang konsep ini. Mungkin ada antara kita boleh berbicara dan memberi penerangan atau pandangan tentang perkara ini.

PENDAPAT 1
Saya tanam bunga keladi & hasilnya saya jual. Mula-mula minta khidmat nasihat yang berkenaan. Men-jalankan pertanian secara komersial dan menjadikn ia sebagai sumber pendapatan utama.

PENDAPAT 2
Bagi saya, salah satu contoh perusahaan ialah keladi Cina komersil. Ini juga satu cara menjana pendapatan melalui pertanian yang mana sekarang kebanyakan in-dustri-industri pengilangan dan pemakanan mengguna-kan resepi dari umbisi keladi cina. Contoh seperti jem, perisa kek, kerepek keladi Cina, roti, aiskrim, biskut, tepung dan lain-lain lagi. Manakala kilang-kilang mem-buat roti adalah seperti Southern Bake, Gardenia, Ja Hua Bakery yang mana sudah banyak didagangkan di kedai-kedai seluruh Sabah. Rasanya, permintaan Keladi Cina memang sangat tinggi dipasaran.

PENDAPAT 3
Pertanian adalah perniagaan. Ia terjadi apabila terdapat usaha menanam dan mengeluarkan hasilnya serta men-jadi duit apabila dijual. Ataupun segala usaha yang ber-kait langsung dengan tanah. Kita usahakan akan menda-pat pulangan iaitu duit. Selepas berusaha dalam bertani nanti akan dapat hasilnya.

PENILAIAN, ANALISIS DAN KESIMPULAN
Berdasarkan kepada pandangan-pandangan diatas, ke-banyakan individu memberikan pengertian yang paling singkat iaitu hasil tanaman dijual dan mendapat hasil wang ringgit dari titik peluh. Kita sudah boleh membuat rumusan awal mengapa ramai golongan native (orang asal) masih tidak dapat berganjak daripada pertanian tradisional kepada pertanian moden. Jelas menunjukkan bahawa masyarakat petani tidak memahami apa itu BERTANI adalah BERNIAGA.

KONSEP PERTANIAN TRADISI VS PERTANIAN ADALAH PERNIAGAAN
Terdapat beberapa konsep pertanian yang diamalkan. Dalam konsep amalan pertanian tradisional, amalan 3T selalu diguna pakai iaitu;

3T ---> Tanam, Tunggu, Tuai. Ada juga amalan secara kecil- kecilan bagi menampung keperluan sendiri atau dengan lebih jelas 'Part Time'. Tanam kecil-kecilan. Ada hasil, Jual atau sendiri guna. 'Pertanian adalah per-niagaan' apabila kita menerapkan elemen-elemen seperti:
1. Pengurusan
2. Pembajaan
3. Menganalisa
4. Perancangan
5. Kewangan
6. Teknik penanaman
7. Pembelajaran
8. Tenaga pekerja penyelengaraan
9. Dan beberapa lagi unsur-unsur sasaran pengeluaran.

TUJUAN KONSEP PERTANIAN ADALAH PERNIAGAAN
  1. Meningkatkan jumlah pengeluaran dalam masa yang sama menjimatkan masa operasi.
  2. Menjadikan pertanian adalah profesion yang ber-prestij.
  3. Menaikkan taraf kualiti produk pengeluaran hasil pertanian agar mencapai Standard Eksport.
NBFM -PLANER & FARMING MANAGEMENT
Atas senario di atas, maka NBFM mengambil inisiatif untuk memperjuangkan nasib rakyat melalui pertanian dengan menerapkan nilai-nilai pendidikan keusaha-wanan bertani.

PROGRAM NBFM

PROGRAM YANG DICADANGKAN
NATIVES BUSINESS & FARMING MANAGEMENT
PENGANJUR
North Borneo Friendship Movement

SYARIKAT BERDAFTAR
NBFM Enterprise

ASAS PENUBUHAN
Rural Micro Business System (RMBS). Sistem pem-bangunan luarbandar yang berasaskan kepada perusa-haan utama penduduk yang dikembangkan kepada pelba-gai perusahaan.

KENYATAAN MISI

Perusahaan Orang Asal
Kepelbagaian perniagaan akan dihubungkan dan diga-bungkan. Ini bertujuan untuk mengukuhkan ekonomi rakyat supaya mereka boleh mengawal kesejahteraan hidup masing-masing. Kebebasan mereka untuk memilih kerajaan dimasa hadapan tidak akan dimanipulasikan oleh sistem yang korup. Rakyat mesti berhentikan rasuah bermula daripada diri mereka sendiri sehingga kepada generai yang akan datang.

Pengurusan Perladangan
Menyediakan satu sistem dan khidmat nasihat teknikal dalam agrikultur dan akuakultur untuk berjaya, produksi, kualiti tinggi dan perladangan futuristik/moden. Ia sedang berkembang, boleh diperkembangkan, dilaku-kan dengan cara yang sama, tidak mampu ditolak dan memberi inspirasi
Produk-Produk
Penggunaan Baja di Grow (folier/cecair) dengan testi-monial yang terbukti hasil daripada Inovasi pertanian. Ia juga merupakan Teknik pembajaan masa kini.

Pengurusan Aktiviti
1. Seminar & Taklimat/ Bengkel
2. Khidmat Perladangan
3. Pusat Pengumpulan Perladangan
4. Pasaran Output
5. Penjualan Produk
6. Akuakultur

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.