NBFM ingin membawa anda semua untuk bersama-sama memberikan peluang kepada diri masing-masing untuk memahami tentang satu jenis tanaman yang tahun demi tahun permintaannya tidak pernah berkurangan malah sentiasa tidak mampu memenuhi permintaan domestic (tempatan) mahupun luar Negara.
 
Tanaman yang dimaksudkan ialah Lada Hitam atau dalam nama Saintifiknya ia dikenali sebagai Piper Nigrum. Untuk pengetahuan umum, Lada Hitam merupakan sejenis rempah yang penting semenjak dahulu kala lagi. Buahnya yang dikenali sebagai lada hitam apabila kering, adalah kira-kira 5 milimeter (0.20 inci) diameter, mereha gelap apabila matang sepenuhnya, dan, seperti semua drupes, mengandungi satu benih.
 
Berdasarkan info yang diperolehi daripada Wikipedia dan juga Lembaga Lada Hitam Malaysia (Malaysia Pepper Board - MPB), Biji lada hitam dan serbuk lada hitam yang dihasilkan darinya, boleh digambarkan hanya sebagai lada, atau lebih tepat lagi sebagai lada hitam (buah matang, masak dan kering), lada hijau (buah matang kering) dan lada putih (benih masak kering).

Lada hitam berasal dari Asia Tenggara dan China, dan boleh didapati disana dan dikawasan tropika yang lain. Pada masa ini, Vietnam adalah pengeluar dan pengeksport terbesar didunia, menghasilkan 34% daripada tanaman dunia pada tahun 2008.

Lada kering yang dikisarkan telah digunakan sejak zaman purbakala untuk kedua-dua citrasa dan sebagai ubat. Lada hitam adalah rempah di dunia yang paling diperniagakan. Ia adalah salah satu rempah yang paling biasa yang dimasukkan ke dalam masakan Eropah. Kepedasan lada hitam adalah disebabkan oleh kimia piperine. Ia banyak didapati dalam dunia yang moden ini, sering berpasangan dengan garam.

Pengeluar terbesar lada hitam adalah Brazil, India, Indonesia, Malaysia dan Vietnam. Di Malaysia, ia dibantu oleh Jemaah Pemasaran Lada Hitam (JPLH), Lembaga Lada Hitam Malaysia (MPB) 1 Januari 2007.
 
Di Malaysia, kawasan penanaman lada hitam lebih tertumpu di Negeri Sarawak. Ia telah menjadi satu sumber pendapatan bagi negara sehingga sebuah Lembaga Khas ditubuhkan bagi mempertingkatkan hasil Lada Hitam dan ia dikenali sebagai Lembaga Lada Hitam.

Lembaga (Board) adalah satu badan organisasi yang digerakkan oleh sekumpulan ahli-ahli yang mempunyai kuasa mutlak untuk membuat sebarang keputusan, menjalankan perancangan untuk memajukan perusahan yang dilakukan.
"Malaysian Pepper Board (MPB) is a federal statutory body under the Ministry of Plantation Industries and Commodities of Malaysia, established on 1st January 2007 under the Malaysian Pepper Board Act 2006. MPB head office is located at Kuching, with nine branches in Sarawak and two regional offices in Johor Bahru and Kota Kinabalu. The Board is responsible for the development of the Malaysian Pepper Industry in areas of production, marketing and research."
Cukup dengan pengenalan asas secara umum dan ringkas tentang lada hitam, kini pihak NBFM ingin berkongsikan tentang apakah Faedah dan keuntungannya yang akan diperolehi jikalau rakyat Sabah menceburi bidang penanaman Lada Hitam ini?
 
Untuk melihatnya, pihak NBFM ingin memberikan satu contoh yang jelas seperti berikut:

Katakan satu pokok lada hitam dapat menghasilkan minimum 3 kg setahun (kebiasaannya lada hitam menghasilkan 5kg-8kg setahun bagi satu pokok).

Satu ekar dapat menanam 800 pokok (dengan jarak 7' x 7').

Maka;

3kg x 800 pokok = 2,400kg.
2,400kg = 2.4 tan, (1000kg = 1 tan)

Katakan kita mengambil harga terendah sekilogram adalah RM25.

2.4 tan x RM25 = RM60k (adalah pendapatan minimum yang mampu dicapai dalam setahun)
(Harga sebenar yang terendah adalah sekitar RM29-RM30 lebih per kilo).

***Jika pokok dijaga dengan baik, ia mampu menghasilkan 5-8 kilo setahun.***

Dalam erti kata lain, lada hitam mampu;
  1. Meningkatkan  taraf hidup golongan penduduk luar bandar dan pedalaman.
  2. Membantu pembangunan ekonomi tempatan.
  3. Mampu membantu peningkatan industri pemakanan yang berasaskan produk lada hitam dan banyak lagi faedah serta keuntungannya.
Setelah melihat dan membayangkan hasilnya, adakah anda bersedia untuk menceburi bidang penanaman ini? Jikalau ya, pihak NBFM bersedia untuk membantu anda dari segi teknikal penanaman, nasihat, pembajaan dan penjualan. Apa yang penting, anda tidak perlu risau tentang dimanakah dan bagaimanakah hasilnya dijual kerana pihak NBFM akan membantu dalam perkara itu. 

Post a Comment

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.