Membaja adalah sebahagian daripada aspek pengurusan tanaman. Umumnya baja terbahagi kepada 2 komponen iaitu:-
  1. Unsur Makro
  2. Unsur Mikro
UNSUR MAKRO (NPK)
(Komponen Asas)

Apakah yang dimaksudkan NPK dan nombor yang tertulis disebelahnya?
Contoh:-
  1. N:15 P:15 K:15 atau
  2. N:12 P:12 K:17.
NPK sebenarnya bermaksud Nitrogen, Phosphorus dan Kalium (Potasium) manakala nombor-nombor yang disebelahnya bermaksud peratusan kandungan setiap bahan itu didalam sebatian baja.
 
Contoh,

N:12 P:12 K:17 bermaksud baja tersebut mempunyai kandungan Nitrogen sebanyak 12%, Posphorus sebanyak 12% dan Kalium (Pottasium) sebanyak 17%.
 
PERATUSAN NPK

Jika kita hitung jumlah % baja sebatian NPK
12:12:17 = 41% sahaja
Baki 59% ----> 100%
 
Baki 59% itu adalah kandungan bahan-bahan lain yang terdapat dalam baja.
 
Kadar formulasi NPK dipengaruhi oleh jenis tanaman, peringkat, musim atau keadaan cuaca etc.
Seorang saintis Jerman JUSTUS VON LEIBIG mengatakan bahawa komponen asas kepada kesuburan sesuatu tanaman itu bergantung kepada kadar Nitrogen (N), Phosphorus (P) dan Kalium (K-potasium).
 
Ringkasnya:
  1. N adalah untuk kehijauan daun (Green Foliage),
  2. P untuk Akar Subur (Strong Root) dan
  3. K untuk pembesaran tanaman (Healthy growth).
Unsur NPK adalah yang paling utama dalam kandungan baja yang dapat digunakan oleh tanaman untuk pertumbuhan.
 
UNSUR MIKRO (Komponen Tambahan)

Selain NPK terdapat juga unsur mikro nutrien yang diperlukan untuk tumbuh-tumbuhan seperti:-
  • Magnesium (Mg)
  • Kalsium (Ca),
  • Manganese (Mn),
  • Boron (B)
  • etc.
Keperluan unsur mikro ini adalah bertujuan untuk menyerlahkan fungsi pembentukan sel dan kesihatan tanaman.
 
KEPERLUAN NPK
 
Nitrogen (N)
merupakan unsur yang diperlukan untuk pembesaran daun. Kesemua tumbuhan berdaun hijau menggunakan nitrogen sebagai bahan asas pembentukan Klorofil. Klorofil adalah bahan hijau yang terdapat didalam tumbuhan yang digunakan untuk tujuan fotosintesis. Tumbuhan yang kekurangan nitrogen akan menjadi sedikit kekuningan dan tumbesaran terbantut. Walaubagaimana pun  nitrogen yang berlebihan juga tidak membantu. Ianya hanya akan menyebabkan tumbuhan menjadi terlebih besar sedangkan batang pokok tidak dapat menampung tahap tumbesarannya.
 
Kedua adalah unsur Phosphorus (P) yang penting untuk pembesaran dan perkembangan bahagian akar. Akar yang sihat mampu menyerap nutrien-lain didalam tanah melalui sel kutikel yang aktif pada hujung akar. Fungsi P juga adalah sebagai penggalak tumbuhan berbunga. Petunjuk kepada kekurangan phosphorus boleh dilihat melalui warna daun yang seperti tidak segar atau kekuningan dan kurang berbunga.
 
Ketiga adalah unsur Kalium (K) atau dikenali sebagai 'Potasium'. Ianya penting untuk tumbesaran pokok dan perkembangan buah. Unsur 'K' adalah kunci kepada pembentukan klorofil dalam daun. Kekurangan kalium akan menghasilkan bunga dan buah yang kecil. Fungsi lain ialah membantu dalam imunisasi tumbuhan. Tumbuhan yang mengalami kekurangan kalium akan kelihatan tidak sihat. Umumnya unsur K dibekalkan kepada pokok yang berbuah.
 
Sebagai petani yang berhasrat mengubah cara bertaninya, maka ia mesti mengetahui maksud NPK yang ditulis pada label beg baja. Membaja adalah tanggungjawab petani.
 
PERTANIAN ASAS EKONOMI
Alfred Korom
NBFM

Post a Comment

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.